Program Webinar Scriptwriting E-Sport telah dilaksanakan pada 28 Mac 2026 dengan jayanya. Program ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang pelajar sekolah rendah.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas penulisan skrip dalam bidang e-sukan serta meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan berkaitan permainan digital.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan minat dan penglibatan yang baik. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang digital dan kreatif.


