Tarikh: 07 September 2025
Tempat: NADI Ba’Kelalan
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 07 September 2025 bertempat di NADI Ba’Kelalan. Terima kasih diucapkan kepada seluruh komuniti yang sudi meluangkan masa dan turut serta menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan daripada komuniti setempat amat dihargai kerana telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme serta memperkukuhkan hubungan silaturahim.





