Tarikh: 11 Julai 2025
Tempat: NADI Ba’kelalan
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Program Kesejahteraan Meniti Usia Emas telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 50 orang peserta warga emas. Program ini turut disokong oleh lima orang kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan kerjasama padu sepanjang acara berlangsung.
Program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan memberi penghargaan kepada warga emas, sambil menyampaikan maklumat serta perkhidmatan yang relevan kepada golongan ini.





