NADI Ba'kelalan

Tarikh: 24 Jun – 25Jun 2025
Tempat: NADI BA’KELALAN
Jumlah Peserta: 50 orang petani padi

Laporan Aktiviti:

Program bantuan pengisian borang permohonan SBPKP telah dijalankan dengan jayanya pada 24 Jun – 25 Jun 2025. Seramai 50 orang petani dari Kampung Ba’kelalan telah hadir bagi mendapatkan bantuan dalam mengisi borang permohonan pendaftaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.

Tujuan program ini adalah untuk memudahkan urusan petani luar bandar dalam mendapatkan bantuan kerajaan, terutamanya mereka yang kurang mahir dalam hal-hal pentadbiran atau tidak mempunyai akses kepada kemudahan digital.