Tarikh: 29 Ogos 2025
Tempat: NADI Ba’Kelalan
Pada tarikh tersebut, telah diadakan Kelas Pinterest untuk Guru Sekolah Minggu. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para guru mengenai cara penggunaan Pinterest sebagai medium rujukan bahan pembelajaran kreatif.
Kelas ini telah dihadiri seramai 2 orang peserta. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara mencari idea, menyusun koleksi, serta menggunakan Pinterest bagi tujuan pengajaran Sekolah Minggu.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.

