NADI Ba'kelalan

Tarikh : 04 September 2025
Tempat : NADI Ba’Kelalan / Miri
Bilangan Peserta : 2 orang

Pada 04 September 2025, Kelas MAHIR Penyediaan Baja AB (A + B) telah diadakan dengan penyertaan seramai dua (2) orang peserta. Seorang peserta menghadiri secara bersemuka di NADI Ba’Kelalan manakala seorang lagi mengikuti dari Miri.

Kelas ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berhubung kaedah penyediaan Baja AB (A + B) yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pertanian hidroponik. Melalui kelas ini, diharapkan para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi meningkatkan amalan pertanian masing-masing.