Tarikh: 7 Julai 2025
Tempat: NADI Ba’kelalan
Program “Jom Belajar Jahit Tote Bag” telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Julai 2025 bertempat di NADI Ba’kelalan. Seramai 3 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini.
Peserta didedahkan kepada asas menjahit dan diberi tunjuk ajar secara praktikal untuk menghasilkan tote bag masing-masing. Program ini bertujuan memberi kemahiran asas jahitan kepada komuniti, serta menggalakkan kreativiti dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program berjalan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta.




