Tarikh: 09 April 2026
Tempat: NADI Ba’Kelalan
Bilangan Peserta: 1 orang
Ringkasan Program:
Pada 09 April 2026, satu sesi bertajuk Cybersecurity: Cara Menjaga Keselamatan CCTV telah diadakan di NADI Ba’Kelalan dengan penyertaan seramai seorang peserta. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan siber khususnya dalam melindungi sistem CCTV daripada ancaman pencerobohan.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan langkah-langkah asas untuk menjaga keselamatan sistem, termasuk amalan penggunaan kata laluan yang selamat dan kepentingan pemantauan berkala. Peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.


