NADI Ba'kelalan

LAPORAN PROGRAM INTERNET SELAMAT
Tempat: SK Ba’Kelalan
Tarikh: 23 Oktober 2025
Masa: 2.00 Petang – 3.00 Petang


1. Objektif Program

  • Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
  • Memberi kesedaran kepada murid mengenai umur yang sesuai untuk menggunakan media sosial.
  • Memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain.

2. Peserta

Seramai 59 orang murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 SK Ba’Kelalan telah mengambil bahagian dalam program ini.


3. Fasilitator

Program ini telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator daripada NADI Ba’Kelalan, yang berperanan memberikan penerangan, demonstrasi serta bimbingan kepada para pelajar mengenai keselamatan dalam talian.


4. Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi ceramah interaktif mengenai “Internet Selamat”, kuiz ringkas berkaitan penggunaan media sosial secara beretika, serta perkongsian video kesedaran keselamatan siber.


5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada para pelajar. Diharapkan penganjuran program sebegini dapat diteruskan bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber di kalangan pelajar sekolah rendah.