Tarikh: 08 July 2025
Tempat: NADI Ba’Kelalan dan secara dalam talian (Miri)
Bilangan Peserta: 3 orang
Program Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan telah berjaya dilaksanakan di NADI Ba’Kelalan. Seramai tiga (3) orang peserta telah mengikuti sesi ini. Dua (2) orang hadir secara fizikal di pusat NADI Ba’Kelalan manakala seorang (1) peserta menyertai dari kediaman sendiri di Miri secara dalam talian.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai teknik dan strategi pemasaran digital bagi mengembangkan perniagaan mereka dalam talian. Program berjalan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada peserta.


