NADI Ba'kelalan

Program: Kelas Mini CEO: Usahawan Cilik
Tarikh: 11 April 2025
Tempat: NADI Ba’kelalan
Peserta: 5 orang pelajar sekolah rendah

Program ini dijalankan secara fizikal bagi memberi pendedahan asas keusahawanan kepada pelajar. Aktiviti melibatkan pengenalan konsep usahawan, penjanaan idea menggunakan ChatGPT, serta reka bentuk poster promosi dengan Canva. Pelajar membentangkan hasil masing-masing dan menunjukkan keyakinan serta kreativiti sepanjang program. Keusahawanan bukan hanya untuk orang dewasa. Dengan program Usahawan Cilik, anak-anak dapat belajar asas perniagaan sejak usia muda!